itulah namanya H.I.D.U.P.
>> 26 December 2009

hidup ini menyusahkan kan?
tersentak saya melihat paparan message dr tingkap ym. wajah si adik bermain di mata. apa yg terjadi dik? hati saya berbisik..
saya kenali adik ni seorang yg sgt riang, bersemangat, suka buat lawak dan kental. saya kagum dengan semangat dia, mencari hidayah, memburu iman walau dia jauh dari sisters lain. bila saya ke bumi sejuk ni, die selalu buzz tingkap ym saya.. ini sahaja penghubung kami.
kadang saya juga mengalami saat-saat sepertimu dik. kita manusia. bukan namanya manusia kalu tiada masalah. iAllah kita clear kan kenapa kite melalui semua masalah ini. akak tahu kamu pasti telah melihat contoh kakak2 di sekeliling kita yang masalahnya lebih bertimbun dari kite. kita nampak bagaimana kakak2 kita mampu utk membahagikan masa mereka utk dakwah ini. walau sesibuk mana mereka, mereka masih mampu bersama kite setiap minggu, menatap mata2 bercahaya kite yg mahukan cahaya, mahukan peringatan.
kita saksikan pakcik-makcik yg saban hari berkorban utk memperkenalkan kita dgn Islam ini. tiada yg mampu mengungkapkan setiap pengorbanan mereka melainkan :
inshaallah kita sangat yakin akan janji Allah pd manusia yg mahu menerima offer perniagaan ini. golongan ini tidak pernah serik dgn ujian, tidak pernah henti memasak langkah utk mendapat redha Allah. memastikan diri mereka memenuhi janji mereka kepada Allah, bahawa agama ini perlu ditegakkan. lantas Allah janjikan mereka ganjaran yg lebih best!
"Dan (ada lagi) karunia yg lain yg kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yg dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kpd orang-orang mukmin" [61: 13]
dalam melalui liku-liku hidup, kita beriman bahawa Allah yg menetapkan setiap apa yg berlaku. kita tidak pernah menafikan bahawa perjalanan ini panjang, tidak ditaburi mawar merah. kerana syurga itu maharnya pengorbanan. inshallah moga kita sentiasa kuat.
qumfaanzir
Isra', London Read more...







